• Outside the Window•
NAVIGATIONS : ENTRIES PROFILE STUFFS ARCHIVE NEWS ANIME ARTIST WORLD
LINKS & CONTACTS : FOLLOWHOMEFACEBOOKTWITTERBLOGSKINSTUMBLRFORMSPRING
STATUS : Kerja kursus tahun ni byk lorhh..!
DISCLAIMER
Hyep ! Welcome to my blog.Just simple editting.
Can call me Syah or Cah, stands for Aisyah .
But i dont really care what you want to call
me either. Have a nice trip okay. !
Don open my Source Code !


Inside the door
footstep [s] | Visitor [s]

▀ NO HARSH WORD PLEASE ?


♥ Minna-san ♥
Picture & Icons by cute.s & g-g
Inspired by reviviscent
Best View In Google Chrome
Assalamualaikum...
Khamis, 3 Mac 2011 0 comment [s]

Assalamualaikum...
da lmer aisyah x post kt blog ni... care at blog laen jer... huhuh... ermm... mmg lmer... da stahun kan....
ok....
aisyah xnk post2 myk2.... coz... skang ni ngah headache... esok exam lak skoll... huhuh...

ok...aisyah just nk tulis kt2...yg aisyah wat jer...

kata-kata islam....

* Andai esok aku bisa mengulang kembali masa silam.... akan ku cari siapa penciptaku... tp jika esok tiada jalan pulang... aku hanya redho dengan apa yg diterima...


sikit jer larr... huhuh...sowyy larr ayt x best.. hehe...anw...

salam ukhwah fillah dr aisyah...

Jin Sebahagian Tentera Nabi Sulaiman
Isnin, 3 Januari 2011 0 comment [s]

.ulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan dari Allah SWT sehingga boleh memahami bahasa binatang. Dia boleh bicara dengan burung Hud Hud dan juga boleh memahami bahasa semut. Dalam Al-Quran surah An Naml, ayat 18-26 adalah contoh dari sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan Nabi yang sangat kaya raya ini.
Firman Allah,

“Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata, “hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.”

Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, “hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.”

Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya,


“Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.”
(An-Naml: 16-19)

Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, “Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?”

“Sebesar biji gandum,” jawabnya.

Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.

“Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman.

“Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut. “Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”

Nabi Sulaiman, walaupun ia sangat kaya raya, namun kekayaannya adalah nisbi dan terbatas. Yang Maha Kaya secara mutlak hanyalah Allah SWT semata-mata. Nabi Sulaiman, meskipun sangat baik dan kasih, namun yang Maha Baik dan Maha Kasih dari seluruh pengasih hanyalah Allah SWT semata. Dalam diri Nabi Sulaiman tersimpan sifat terbatas dan kenisbian yang tidak dapat dipisahkan; sementara dalam Zat Allah sifat mutlak dan absolut.

Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah SWT semata, bukan kepada manusia.

TUTUPLAH AURATMU
Jumaat, 16 Julai 2010 1 comment [s]

Menutup aurat bukan sekadar pakai tudung

SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.

Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.

Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.

Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:

l Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.

Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.

l Pakaian yang longgar.

Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.

Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: “Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain ‘qubtiyyah’ (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: “Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.” Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: “Dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).”

Menurut Ibn Rusyd, ‘qubtiyyah’ ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.

l Pakaian yang tidak jarang.

Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.”

Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.

l Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).

Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.

Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka.”

l Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.

Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”

Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.

l Tidak bertabarruj.

Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.

Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33)

Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.

Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya ilmu Islam sebenar.


MILLATEFACEBOOK

Pakistan telah melahirkan MillatFacebook (www.millatfacebook.com yang kini www.millatpower.com) dimana untuk menyatukan 1.5JUATA orang Islam didunia. 2 minggu pertama Millatfacebook telah mendapat 300,000 pendaftar dari seluruh dunia dan telah mengalahkan pencabar utamanya iaitu Faebook yang hanya mendapat 3,000 pendaftar dalam 1 bulan pertama.

Namun, selepas kelahiran MillatFacebook, ada setengah pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan berita untuk menjatuhkan MillatFacebook. Pada permulaannya, mereka telah mengelirukan ummat Islam dengan website www.milatfacebook.com dimana perbezaannya adalah terletak pada huruf ejaan "millat". Ejaan "millat" yang sebenar mempunyai dua 'L' dan telah dikelirukan dengan website yang ada satu 'L'. Walaubagaimana pun, laman palsu itu tidak berjaya menghalang perkembangan MillatFacebook yg asli.

Selain itu, yahoo mail, google dan facebook telah menyekat mana-mana mel yang berkaitan Millatfacebook. Ini menyebabkan ramai pengguna tidak dapat mengakses masuk ke Millatfacebook. Namun begitu, sekumpulan besar penyokong Millatfacebook telah tampil membantu dengan mencadangkan web-web yang menyokong millatfacebook seperti alwahy.com dan lain-lain.

Selepas, beberapa hari telah wujud halangan lain dimana timbul keraguan pengguna yang menyatakan MillatFacebook juga milik orang bukan Islam. Hal ini timbul apabila segelintir pihak mendapati alamat IP MillatFacebook adalah berasal dari America bukan Pakistan. Perkara ini memperlahankan perkembangan Millatfacebook lantas memberi kesan besar. Namun dengan berkat usha mereka (MillatFacebook) ini dapat diatasi perlahan-lahan. Mereka menjelaskan, sambungan server MillatFacebook dijayakan oleh sebuah agensi Islam di America, hal ini kerana tiada lagi negara Islam lain yang menawarkan server untuk MillatFacebook.

Penyokong mereka (Millatfacebook) juga menjelaskan jika Millatfacebook adalah buatan orang bukan Islam, mengapa mereka masih menyerang dan terus mengeluarkan berita-berita yang boleh menjatuhkan MillatFacebook. Hingga kini MillatFacebook masih diserang dan yang terbaru adalah server Millatfacebook disekat hingga tidak dapat dibuka. Jalan penyelesaian yang dibuat adalah menukar laman webnya dari www.millatfacebook.com kepada www.millatpower.com. Dilaman baru ini masih boleh daftar masuk menggunakan ID lama di www.millatfacebook.com yang dulu.

Bila Al Qur`an bisa bicara
Jumaat, 15 Januari 2010 0 comment [s]




Bila Al Qur'an bisa bicara !



Waktu engkau masih kanak-kanak, kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu' aku kau sentuh dalam keadaan suci
Aku kau pegang, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih ataupun keras setiap hari
Setelah usai engkaupun selalu menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa...
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah aku bacaan usang yang tinggal sejarah...
Menurutmu barangkali aku bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu

Atau menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji saja?



Sekarang aku engkau simpan rapi sekali hingga kadang engkau lupa dimana menyimpannya

Aku sudah engkau anggap hanya sebagai perhiasan rumahmu
Kadangkala aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa

Atau aku kau buat penangkal untuk menakuti hantu dan syetan

Kini aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian dalam kesepian

Di atas lemari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.


Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman
Sore harinya aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....


Sekarang... pagi-pagi sambil minum kopi...engkau baca Koran pagi atau nonton berita TV
Waktu senggang..engkau sempatkan membaca buku karangan manusia

Sedangkan aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Yang Maha Perkasa.
Engkau campakkan, engkau abaikan dan engkau lupakan...


Waktu berangkat kerjapun kadang engkau lupa baca pembuka surahku (Basmalah)
Diperjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Alloh yang terdapat padaku di laci mobilmu
Sepanjang perjalanan radiomu selalu tertuju ke stasiun radio favoritmu
Aku tahu kalau itu bukan Stasiun Radio yang senantiasa melantunkan ayatku


Di meja kerjamu tidak ada aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku melantun
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatkupun kadang kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu


Benarlah dugaanku bahwa engkau kini sudah benar-benar melupakanku
Bila malam tiba engkau tahan nongkrong berjam-jam di depan TV
Menonton pertandingan Liga Italia , musik atau Film dan Sinetron laga
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah


Waktupun cepat berlalu...aku menjadi semakin kusam dalam lemari
Mengumpul debu dilapisi abu dan mungkin dimakan kutu
Seingatku hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terbata-bata dan kurang lancar lagi setiap membacaku.


Apakah Koran, TV, radio , komputer, dapat memberimu pertolongan ? Bila
engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba Engkau akan
diperiksa oleh para malaikat suruhanNya

Hanya dengan ayat-ayat Allah yang ada padaku engkau dapat selamat melaluinya.


Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...kuranglah jatah umurmu...
Dan akhirnya kubur sentiasa menunggu kedatanganmu..
Engkau bisa kembali kepada Tuhanmu sewaktu-waktu
Apabila malaikat maut mengetuk pintu rumahmu.


Bila aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri
Bukan koran yang engkau baca yang akan membantumu Dari perjalanan di alam akhirat
Tapi Akulah "Qur'an" kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu


Peganglah aku lagi . .. bacalah kembali aku setiap hari
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat suci
Yang berasal dari Alloh, Tuhan Yang Maha Mengetahui

Yang disampaikan oleh Jibril kepada Muhammad Rasulullah.


Keluarkanlah segera aku dari lemari atau lacimu...
Jangan lupa bawa kaset yang ada ayatku dalam laci mobilmu
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu


Sentuhilah aku kembali...
Baca dan pelajari lagi aku....
Setiap datangnya pagi dan sore hari
Seperti dulu....dulu sekali...
Waktu engkau masih kecil , lugu dan polos...
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan sendiri....
Dalam bisu dan sepi....
Mahabenar Allah, yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.

Label:


Ziarah
Jumaat, 25 Disember 2009 0 comment [s]

Ziarah Makam


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Allah (swt) berfirman tentang kubur orang munafiq: “Jangan berdiri dekat kubur dia” (Wa la Taqum ala Qabrihi). Daripada ayat ini, ulama-ulama telah membuat deduksi bahawa kita harus ziarah kubur-kubur orang mukmin, yakni saudara Islam kita.

Diriwayatkan di dalam Sahih Muslim, Abu Dawud, Nasai dan Musnad Ahmad (Bab al-Jana’iz) bahawa Nabi Muhammad (saw) telah bersabda: “Sebelum ini saya telah melarang kalian menziarahi kubur, tetapi sekarang saya memberi kebenaran menziarahinya, kerana ia akan memperingatkan kalian kepada Akhirat.”

Malah Nabi Muhamamd (saw) sendiri sering menziarahi kubur-kubur para sahabat yang telah meninggal dunia. Telah diriwayatkan di dalam enam buku hadis yang sahih bahawa Nabi Muhamamd (saw) selalu menziarahi tanah perkuburan di Madinah, Jannatul-Baqi dan berdo’a di tempat tersebut (Muslim dan Tirmidhi). Di dalam Al-Bayhaqi diriwayatkan Nabi Muhammad (Saw) sering menziarahi tanah perkuburan syahid-syahid peperangan Uhud setiap tahun (Al r’as kulli Hawl).

Selain daripada berziarah ke kubur secara umum, Nabi Muhammad (saw) juga pada kadang kala membuat ziarah pada waktu-waktu yang tertentu. Kita semua tahu bahawa Nabi Muhammad (saw) berziarah ke tanah perkuburan Jannat al-Mua’lla di Mekah. Di sinilah tempat isteri baginda, Sayyidah Khadijah, disemadikan dan baginda telah menggelar tanah perkuburan itu Ni’m al-Maqbarah Hazihi – tanah perkuburan yang diberkati.

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (saw) juga menziarahi kubur ibundanya, yang terletak di antara Mekah dan Madinah. Baginda dan rombongannya telah menitiskan air mata mereka di kubur itu.

Di dalam hadis yang sahih, Jannatul Baqi’ di Madinah dinamakan sebagai tanah perkuburan yang tersuci di dunia. Ini adalah kerana yang disemadikan di situ ialah orang suci-suci belaka. Ini juga menunjukkan bahawa mengikut syariah, bukan semua tanah perkuburan sama darajat mereka. Tanah-tanah perkuburan orang suci lebih darajat dan maqam mereka, kalau tidak kenapa perlu kita menziarahi Jannat ul-Baq’i dan Jannat ul-Mu’alla di Madinah dan Mekah?

Bayhaqi telah meriwayatkan di dalam Shu’ab al-Iman bahawa Nabi Muhammad (saw) telah bersabda: “Bahawa sesiapa menziarahi kubur ibu-bapa mereka setiap hari Juma’at, mereka akan diampunkan dan nama mereka akan ditulis bersama orang salih” (Man zaara qabra abawayhi au ahadihima fi kulli Jum’ah, ghufira lahu wa kutiba barran).

Diriwayatkan di dalam Sharhus Sudoor oleh Imam Suyuti bahawa Nabi Muhammad (saw) menyuruh kita membaca Surah al-Ikhlas, Surah Takathur dan Surah Fatihah ababila kita menziarahi kubur. Seterusnya kita memberi hadiah bacaan surah-surah tersebut kepada mereka yang dalam kubur. Nabi Muhamamd (saw) menjelaskan bahawa dengan perbuatan itu, ruh mereka yang dalam kubur akan mendo’akan kita, meminta Allah (swt) mengampun dan memberkati kita.

Di dalam sebuah hadis (Kanzal Ummal oleh Imam Suyuti) di riwayatkan bahawa Sayyidina Ali (ra) berkata bahawa Nabi Muhammad (saw) bersabda: “Sesiapa yang menziarahi atau melintasi tanah perkuburan dan membaca Surah Ikhlas sebanyak sebelas kali dan memberi thawab (ganjaran) pembacaan tersebut kepada mereka yang dikuburkan di tempat itu, akan menerima thawab yang sama.

Rumusan

*

Sekiranya kita disarankan menziarahi kubur Nabi Muhammad (saw), para syahid, ibu-bapa, sudah pasti menziarahi kubur para awliya Allah juga merupakan perbuatan yang baik.
*

Terdapat barakah di kubur para awliya Allah.

ZIARAH


Ziarah

Ziarah atau mengunjungi makam seseorang adalah untuk menghormati orang itu, bahwa dia tidak sama dengan binatang. Sebagaimana mereka semasa hidupnya kita hormati karena derajatnya, begitu pula setelah kematiannya dan hal ini tidak akan berubah. Kita menjaga makam para Awliya dan Rasul. Semasa hidupnya, rahmat dilimpahkan kepada mereka dan setelah mereka meninggalkan kehidupan ini, rahmat tetap datang kepada mereka.

Dan kita memohon rahmat itu. Bersama dengan mereka semasa hidupnya adalah suatu kesempatan berharga, atau paling tidak kita bisa mengunjungi makamnya. Mereka hidup di makamnya dengan kehidupan yang sesuai dengan alamnya. Mereka bisa melihat dan mendengar. Rasulullah , biasa mengunjungi makam pamannya, Sayyidina Hamza ,duduk dan membaca do’a di sana. Itu bukanlah suatu hal yang terlarang. Setiap minggu beliau selalu pergi ke Jannat-il-Baqi’ atau ke gunung Uhud untuk mendo’akan para syuhada di sana.

Hal ini diizinkan bagi kita dan tidak bertentangan dengan syari’ah. Kita menjaga makam para Awliya agar mereka tidak hilang, bukannya menyembah mereka, tidak! Kita hanya meminta rahmat yang dilimpahkan kepada mereka dan berdo’a untuk mereka. Kalian dapat mengirimkan do’a untuk semua orang yang beriman sebagai hadiah dari kita.

Wa min Allah at taufiq


Label:


|